Islamic Widget

Friday, September 15, 2006

Bertambah lagi ahli - Cucu Pak Ndak Hassan

Assalamualaikum semua ahli keluarga Hj Din.

Kali ini giliran Pak Ndak dan Mak Andak pula menerima cucu yang ke empat. Sebelum ini Mak Su dan Mak Teh dikurniakan cucu sulung, masing-masing anak kepada Kak Ain dan Kak Najihah.
Ini pula cahaya mata kepada Syahirah dan Hamdan. Mereka berdua telah dikurniakan seorang lagi cahaya mata, menjadi cahaya mata yang ke tiga. Syukur kepada Yang Maha Pemurah. Alhamdulillah pada tanggal 20 hb Ogos 2006 yang lalu Syahirah telah selamat melahirkan anaknya yang ke tiga, adik kepada Rushdee dan Ashraff. Kali ini anak yang ketiga ini adalah perempuan... idaman mamanya... dinamakan dengan MYSARAH BT HAMDAN. Kami seluruh keluarga Hj Din mendoakan semoga kehadirannya akan bertambah lagi keharmonian dan kebahagian dalam keluarga pak Ndak. Selamat menimang cahaya mata.

No comments: