Islamic Widget

Monday, July 24, 2006

Tok Piah - Bonda Pak Teh Mat Kembali Ke Rahmatullah

Tok Piah ialah seorang yang tak asing dalam keluarga Hj Din. Allahyarhamah adalah bonda kepada Pak Teh Mat / Mak Teh Bee, isteri kepada Hj Jaya yang tinggal bersebelahan dengan rumah Mak Teh di Padang Melangit, Beseri. Beliau sering bersama-sama kita dalam majlis-majlis kenduri keluarga Hj Din maupun Majlis Hari Keluarga Hj Din yang di adakan. Beliau adalah seorang yang amat peramah dan sentiasa mengambil berat tentang keluarga Hj Din.
Allahyarhamah telah kembali ke Rahmatullah pada hari Sabtu, 23 Julai 2006 bersamaan dengan 25 JamadilAkhir 1427 yang lalu. Allahyarhamah telah telantar sakit selama lebih kurang 10 bulan akibat serangan angin ahmar. Ramai sanak saudara yang hadir menziarahi jenazah beliau. Kami semua keluarga Hj Din terasa kehilangannya, dan kami semua mendoakan semuga roh dan jasadnya disemadikan bersama-sama dengan orang-orang yang soleh dan solehah. Amin... AL FATIHAH.

Tuesday, July 04, 2006

Cucu Sulung Mak Teh


Ini pula maklumat pertambahan ahli baru keluarga Hj Din - Anak kepada Nor Najeha dan Mohd Mahfuz yang tinggal di Klang Selangor. Mereka berdua telah dikurniakan seorang cahaya mata yang pertama. Cucu sulung kepada Mak Teh Bee dan Pak Teh Mat ini telah selamat di lahirkan di Kelang. Alhamdulillah bertambah lagi la anak cucu cicit Hj Din dan Hjh Che Teh. Mak Teh dan Pak Teh telah ke sana dan sempat la menguruskan baby ni sementara mamanya sihat. Tolong mandikan dan lain-lain lagi. Cucu sulung la katakan. Dah lama dah tinggal alam pengurusan baby kecil. Ni baru nak belajar balik cara-cara uruskan baby yg baru lahir. Tapi Mak Teh memang cekap ... buktinya tengok la gambar baby ni... comelkan cicit Tok Wan Din ni. Dek Na telah selamat melahirkan anak sulungnya ini pada tanggal 9 Jan. 2006 yang lalu dan dinamakan dengan Kamilia Irdhina. Selamat menimang cahaya mata dari kami ...