Islamic Widget

Thursday, November 30, 2006

Selamat Pengantin Baru

SELAMAT PENGANTIN BARU buat Najmi dan Farhana. Kami seluruh keluarga Hj Din mendoakan semoga Pengantin Baru akan berbahagia dan berkekalan ke anak cucu. Selamat menjadi ahli keluarga HJ Din kepada pengantin perempuan..
Majlis kenduri yang diadakan di Dewan Bestari UKM pada tanggal 25 Nov 2006 (Sabtu)berlangsung dengan penuh meriah dengan kehadiran tetamu yang ramai dari segenap lapisan kaum kelauarga dan sahabat handai.

Wednesday, November 08, 2006

Piut Hj Din yg Pertama

Ini pula berita menarik untuk semua ahli keluarga. Piut (genarasi ke empat) Hj Din telah selamat dilahirkan. Dia adalah anak sulung kepada Noha. Cucu kepada Kak Dah dan cicit kepada Wa Timah. Alhamdulillah bertambah lagi- ahli ke 166 (kalau tak salah - ruj abg Nasir) Namanya masih belum dapat di pastikan, blogger baru mendapat maklumat daripada toknya , Kak Dah. Kami seluruh ahli keluarga Hj Din mendoakan semoga orang baru ini sihat walafiat dan menjadi cahaya yang sentiasa menyinari keluarga ibu dan ayahnya.

Hari Keluarga Yang Meriah.

Ucapan tahniah kepada semua ahli keluarga yang dapat hadir pada majlis tahunan kita. Hari Keluarga yang ke 16 lalu begitu meriah dengan warna tema pakaian serba hijau. Untuk tahun depan (2007) warna tema yang dipersetujui ramai adalah warna ungu . Majlis berjalan lancar walaupun ada yang tak dapat hadir atas sebab yang mungkin tak dapat dielakkan. Namun di lain pertemuan rasanya akan dapat hadir jua . Dapat juga bertemu dengan semua ahli keluarga. Pertemuan kali ini sekali lagi tercipta sejarah buat kali ke dua di mana kita dapat bergambar semua anak cucu Hj Din dalam satu gambar. Dan ini juga buat pertama kali kita mulakan majlis sejak jam 9.00 pagi dan berakhir jam 6.30 ptg. Alhamdulillah majlis berjalan lancar seperti yang dirancang walaupun ada slot yang kita dahulukan dan ada juga slot yang di tambah. Ucapan berbanyak terima kasih juga pada Pak Lang yang telah memberikan peluang kepada anak-anak saudara mengerjakan haji mulai tahun 2007 hingga 2009. Mereka yang berjaya dalam cabutan bertuah mengerjakan haji adalah : 1. Asma/Ismail (2007) 2. Fisal/Norzeti (2008) dan 3. Asiah/Hakimi (2009) . Moga mendapat haji yang mabrur.
Pertemuan berikutnya adalah di rumah Pak Ngah. Tempat asal semua anak-anak Hj Din dilahirkan dan dibesarkan. Sekian, jumpa lagi di tahun depan (2007) insyaAllah.