Islamic Widget

Monday, March 07, 2011

Perkembangan Terbaru Pak Ndak Hasan

Salam buat semua.
Alhamdulillah berkat doa semua, pak ndak sudah dibenarkan pulang dari hospital pada hari ahad 06.03.2011 selepas doktor mendapati keadaan pak ndak beransur pulih. Keputusan pembedahan belum dapat diketahui dlm masa terdekat. Semoga keputusan itu juga adalah keputusan yang terbaik. insa'Allah.

Friday, March 04, 2011

Berita perkembangan Pak Ndak Hasan

Assalamualikum.
Harini Pak Ndak telah pun dipindahkan ke unit CCU (Cardiac/Coronary Care Unit-betui ke namanye ni). Mengikut kata doktor secara ringkas bahawa perkembangan pak ndak dah bertambah baik. Di unit CCU, pihak hospital akan memantau lebih kepada keadaan jantung pak ndak, memandangkan pak ndak ada history operation jantung. dibawah ada gambar pak ndak semasa berada di unit ICU.


Terima kasih kepada abg.nasir (fisal) diatas sumbangan gambar.

Semoga hasil pembedahan yg akan diberitahu adalah yang paling minimum, Insa'Allah

Sekian.

Thursday, March 03, 2011

Salam dari keluarga di Kg.Batu Muda, KL

Assalamualikum..
Sedikit perkhabaran buat tatapan semua ahli keluarga Hj Din. Ingin saya maklumkan disini, Pak ndak hasan kini berada di hospital selayang. Pak Ndak sudah selesai menjalani pembedahan kecil kelmarin (02.03.2011). Setelah selesai pembedahan, pak ndak terus ditempatkan diunit ICU, Hospital selayang kerana menghadapi sedikit komplikasi jantung. Selain itu, hasil pembedahan itu jugak akan diketahui dalam tempoh masa satu minggu. Saya bagi pihak pak ndak, mak ndak dan sekeluarga memohon semua ahli keluarga Hj Din, adik beradik, sepupu sepapat, sedara mara dan kenalan supaya mengadakan solat hajat, bacaan Yaasin dan memanjatkan doa kehadrat Allah s.w.t agar semuanya selamat selain memohon supaya keputusan pembedahan yang buleh melegakan hati semua pihak.

Sekian.