Islamic Widget

Monday, September 12, 2011

Berita Terkini......

Assalamualaikum...
Dimaklumkan kepada semua, Pak Lang dan rombongan telah selamat sampai ke SFO. Dengaqnya sampai 29jam. fuh. dgr pun letih. inikan pula yg mengambara. apa2 pun, alhamdulillah dah selamat sampai. Bagi sepupu2 yang hendak mengikuti perkembangan terkini pak lang di SFO, buleh lawati ke laman blog chepokpok yang diwujudkan khas ukt menyampaikan perkembangan pak lang dan rombongan yang jauh beribu batu. sama2 kita doakan keselamatan, kesihatan, pak lang khusunya dan ahli rombongan amnya.

sekian.

Thursday, September 08, 2011

Ceritera Hari Keluarga Hj Din dalam sisipan Berita Harian - 8 Sept 2011

Salam.
Kepada semua ahli keluarga, adalah dimaklumkan bahawa, liputan yang dilakukan oleh pihak akhbar pada hari keluarga tempohari telah disiarkan didalam akhbar Berita Harian hari ni (Khamis-08 September 2011) di laman 24 bahagian rencana. Versi Online buleh lawati laman ini (Online). Tp online x dpt tgk gambar. Nak tgk gambar, kena la beli......
Harap maklum.
Mai tgk gambaq sapa paling clear..........

Monday, August 29, 2011

Selamat Hari Raya.

Assalamualaikum.
Ucapan "Selamat Hari Raya AidilFitri" saya tujukan pada semua ahli keluarga Hj Din and Co walau dimana sekalipun anda berada. Dikesempatan ini juga, saya ingin memohon ampun maaf jika ada salah dan silap, samaada segaja mahupun tidak. Maaf Zahir Batin. Jumpa dihari perjumpaan keluarga. Terimalah serangkap pantun.

Masak rendang sampai kesubuh,
Berkumandang sudah takbir raya,
Kepada sepupu yang mai dari jauh,
Berhati-hatilah dijalan raya.

Sekian.

Tuesday, August 02, 2011

Selamat Menyambut Ramadan 1432 H.

Assalamualaikum.
Maaf jika terlewat. Kesibukan melanda. Apa-apa pun, saya mengucapkan Selamat Menyambut Ramadan Al-Mubarak dan Selamat Menjalani Ibadah Puasa. Semoga segala amalan akan diterima oleh-Nya. Insa'allah......

Monday, July 18, 2011

Kutipan Yuran Hj Din n Co.

Assalamualaikum.
Kehadapan semua ahli keluarga Hj Din and Co.
Sebagai peringatan, tarikh akhir untuk penyerahan duit yuran tahunan kepada wakil zon adalah pada hujung bulan Rejab 1432. Sekarang kita semua sudahpun berada dibulan Syaaban. Kepada semua ahli yang masih belum membuat bayaran, hendaklah berbuat demikian dengan menyerahkan yuran tersebut kepada wakil zon yang telah dilantik pada mesyuarat agung tempohari. Disini saya sertakan e-mail dan no talipon untuk dihubungi bagi memudahkan urusan pembayaran.
1. Zon Utara = Abg Manan (nan_7744@yahoo.com - 019 5667744)
2. Zon Tengah = Fadzli (tyco_broth@yahoo.com - 012 4065996)
3. Zon Selatan = Fauzan (fauzanabuhasa@gmail.com - 0193966646)
Kerjasama dari semua ahli amat dihargai
Sekian...

Wednesday, July 06, 2011

Mesyuarat Majlis Hari Keluarga Hj Din ke-21 (2011)

Assalamualaikum.wtr
Ingin dimaklumkan kepada semua sanak saudara bahawa satu mesyuarat bagi majlis Hari keluarga Hj.Din kali ke 21 akan diadakan. Ia adalah perbincangan susulan (follow up) dari semua AJK yang telah dilantik pada mesyuarat Agong yang telah dilaksanakankan sebelum ini. Butir-butir mengenai mensyuarat ini adalah seperti dibawah.

Tarikh : 16 Julai 2011
Tempat : No 8, Lorong 3/12B, Kg.Batu Muda (Rumah Pak Ndak Hasan)
Masa : 11.00 Pagi.
Makan time : Lepas abiss meeting daa.....

pak ndak sekeluarga mengalu-alukan kedatangan semua yang dekat mahupun yang jauh.
mai jangan tak mai....

sekian.

Friday, July 01, 2011

Anugerah Kecemerlangan Akademik PHKHDHCT ke 21

Assalaamualaikum w.b.t

Rejab is saying good bye again,and Sha'aban is just around the corner.We are blessed with another opportunity bestowed upon us ,in our journey of preparation for the hereafter.....Alhamdulillahh....

Tahun 2010 melakar sejarah buat keluarga Tok Lang Haron kerana buat pertama kalinya kami tidak dapat menyambut Aidilfitri bersama adik-kakak yang lain pada hari keluarga kita.isk..isk..Jauh di mata,dekat di hati.....kami di sini masih merasai kemeriahan itu melalui teknologi Skype.Jadi, buat adik-adik dan anak-anak penyandang anugerah berprestij kita iaitu..Anugerah Kecemerlangan Akademik Hari Keluarga Hj.Din & Hjh Che Teh jangan gusar dan gundah gulana, Insyaalaah hadiah menjadi milik anda pada tahun ini.

Senarai penyandang Anugerah Kecemerlangan Akademik Hari Keluarga Hj.Din & Hjh Che Teh kali ke 20.

  1. M.Syafiq Fathillah-5A (salinan sijil diterima)
  2. M.Faiz bin Abidin-5A (salinan sijil di terima)
  3. Wardati bt Idris-PMR 7A(salinan sijil diterima)
  4. Nadiah Ameram-CGPA 3.65 (salinan sijil diterima)
  5. M.Siddqi bin Abidin -CGPA 3.611 (salinan sijil diterima)
  6. Helmi bin Abu Hassan-----------salinan sijil belum diterima
  7. Mohd Ajwadi bin Hj.Ahmad-----salinan sijil belum diterima
  8. Nurnadiah bt Mohd Nasir-------salinan sijil belum diterima
Senarai calon Anugerah Kecemerlangan Akademik Hari Keluarga Hj.Din & Hjh Che Teh kali ke 21

  1. M. Faiz bin Abidin-tempat pertama dalam kelas
  2. M.Syamil bin Abidin PMR 9A
  3. Insyirah bt abidin GPK 3.56
  4. M.Siddqi bin Abidin-deans list
  5. Siti Tasnim bt Mior GPK 3.58
  6. Naurah bt Ismail -UPSR 5A
  7. Ajwad bin Azlin PMR 8A
  8. Awfa bt Azlin UPSR 5A
  9. Anis Humaira' bt M. Naim-tidak disertakan keputusan
  10. Helmi Abu Hasan-tidak disertakan keputusan
Memandang posting wache'da yang terdahulu telah lenyap dari blog ini atas sebab-sebab yang tidak dapat dipastikan kesahihannya maka dilampirkan dibawah ini standard yang telah dipersetujui bersama dan mendapat perkenan Tok Lang Haron (penaja anugerah).

Kriteria minimum Anugerah Kecemerlangan Akademik Hari Keluarga Hj.Din & Hjh Che Teh

  1. Tempat Pertama Peperiksaan Akhir Tahun
  2. UPSR 5a
  3. PMR 7A
  4. IPTA & IPTS-GPA (Grade Point Average Grading Equivalent)-keseluruhan 3.50
Bagi IPTA & IPTS yang tidak mengamalkan sistem CGPA-bergantung kepada a)petunjuk mata A--4.0, B+--3.5 B--3.0
b)sistem grading- excellent -7,v.good 6,good 5
c)excellent grading standing remark & or very good acheivement
d)marking scheme-excellent, or distinction



Penyertaan calon untuk Anugerah tahun ini masih terbuka, minta dimaklumkan pada adik-kakak yang lain terutama pada yang tak ada pesbuk macam wache'da(please address me as wache'da as I disfavour Mak Long ,Ok-some of my anak sedara still addressing me as one...once again pleaasee..)
Tarikh penyertaan terakhir ialah seminggu sebelum Ramadhan.
Bagi yang belum menghantar slip untuk anugerah tahun lepas,please do..
Sekian dahulu buat kali ini..



Wache'da
30 june 2011 bersamaan 28 Rejab 1432
drhudadah@gmail.com.019-3573333
No.6,Jalan 1/7D,43650 B.BBangi ,Selangor

Monday, April 04, 2011

Catatan Sejarah........Kembar Pertama Keluarga Hj.Din

Assalaamualaikum w.bt seisi sanak keluarga sekelian....

Segala puji bagi Allah,pemilik sekelian alam yang telah menganugerahkan sepasang kembar yang bakal mengimarahkan lagi keluarga besar kita.



Syifaa’ dan Sudais selamat dilahirkan melalui pembedahan Caesarian tepat 7.30pm pada 1 April 2011 melengkapkan angka 9 dan 10 bagi senarai cucu-cucu Tok Lang Haron.Tiada yang lebih menggembirakan kedua-dua ibunda serta ayahandanya, Mak Lang Salwa dan Pak Lang Khairy setelah doa mereka saban hari Allah tunaikan.Saat laporan ini ditulis,Mak Lang Salwa baru dibenarkan pulang daripada hospital setelah 4 hari 3malam di Hospital Putrajaya.

Pembedahan berjalan dengan selamat dan jayanya dibawah penyeliaan Prof Dr.Noraihan (Ketua Pakar Perunding Perbidanan dan Sakit Puan Hospital Putrajaya)—Alhamdulillaah..Syifaa’ yang lebih comel 2.4kg, lahir dahulu diikuti adik Sudais yang lebih tegap 2.8kg.

Bagi adik kakak yang berkesempatan, dijemput kenduri aqeqah pada 08/04/2011 Jumaat 8 mlm di rumah Tok Lang....jomlah togeder-geder...

Pssstt...Tok Lang dah nazar sekoq lembu...

Wache’da

Bandar Baru Bangi

04/04/2011

9pm

Monday, March 07, 2011

Perkembangan Terbaru Pak Ndak Hasan

Salam buat semua.
Alhamdulillah berkat doa semua, pak ndak sudah dibenarkan pulang dari hospital pada hari ahad 06.03.2011 selepas doktor mendapati keadaan pak ndak beransur pulih. Keputusan pembedahan belum dapat diketahui dlm masa terdekat. Semoga keputusan itu juga adalah keputusan yang terbaik. insa'Allah.

Friday, March 04, 2011

Berita perkembangan Pak Ndak Hasan

Assalamualikum.
Harini Pak Ndak telah pun dipindahkan ke unit CCU (Cardiac/Coronary Care Unit-betui ke namanye ni). Mengikut kata doktor secara ringkas bahawa perkembangan pak ndak dah bertambah baik. Di unit CCU, pihak hospital akan memantau lebih kepada keadaan jantung pak ndak, memandangkan pak ndak ada history operation jantung. dibawah ada gambar pak ndak semasa berada di unit ICU.


Terima kasih kepada abg.nasir (fisal) diatas sumbangan gambar.

Semoga hasil pembedahan yg akan diberitahu adalah yang paling minimum, Insa'Allah

Sekian.

Thursday, March 03, 2011

Salam dari keluarga di Kg.Batu Muda, KL

Assalamualikum..
Sedikit perkhabaran buat tatapan semua ahli keluarga Hj Din. Ingin saya maklumkan disini, Pak ndak hasan kini berada di hospital selayang. Pak Ndak sudah selesai menjalani pembedahan kecil kelmarin (02.03.2011). Setelah selesai pembedahan, pak ndak terus ditempatkan diunit ICU, Hospital selayang kerana menghadapi sedikit komplikasi jantung. Selain itu, hasil pembedahan itu jugak akan diketahui dalam tempoh masa satu minggu. Saya bagi pihak pak ndak, mak ndak dan sekeluarga memohon semua ahli keluarga Hj Din, adik beradik, sepupu sepapat, sedara mara dan kenalan supaya mengadakan solat hajat, bacaan Yaasin dan memanjatkan doa kehadrat Allah s.w.t agar semuanya selamat selain memohon supaya keputusan pembedahan yang buleh melegakan hati semua pihak.

Sekian.

Wednesday, February 09, 2011

Perancangan Raya Tahun 2011 di Kuala Lumpur

Salam,
Seperti yang semua telah sedia maklum bahawa tahun 2011, majlis perjumpaan keluarga akan diadakan dirumah Pak/Tok Ndak Hasan di Kg. Batu Muda, Kuala Lumpur pada hari Sabtu 03.09.2011 (*raya ke 4). Sehubungan dengan itu, pihak tuan rumah (pak ndak) dan blogger ingin mendapatkan kepastian daripada seluruh ahli keluarga di UTARA tanah air samaada ingin menggunakan khidmat :-

1. Pangangkutan Bus Perlis/Kedah > KL > Perlis/Kedah
2. Tempat Menginap ( di KIK Mara ) - bertentang dgn rumah pak/tok ndak hasan. Satu bilik ada 2 katil + bilik air.

Kepada sesiapa yang berminat, sila bg nama dan bilangan ahli yang memerlukan kedua-dua khidmat diatas dan akan diusahakan mengikut kepada majoriti. Sebarang pertanyaan, sila beri komen diblog @ email pada naimramli2@gmail.com @ fauzanabuhasan@gmail.com. Bagi ahli yang memerlukan tempat menginap, sila nyatakan berapa malam supaya mudah untuk urusan menempah. Lagi awai lagi baguih.. :)..
akhir kata, "Keselesaan anda, Keutamaan kami".

Sekian

* tertakluk pada perubahan

Monday, February 07, 2011

Gambar ketika mesyuarat Keluarga 2011 yang pertama

Salam.
Disini saya uploadkan sikit gambar yg diambil ketika mesyuarat hari keluarga berlangsung di rumah pak ndak hasan yang di pengerusikan oleh Pak Ndak hasan sendiri selaku tuan rumah untuk majlis hari keluarga pada tahun ini.
Ringkasan hasil mesyuarat tersebut akan saya uploadkan kemudian, manakala maklumat terpeinci akan diedarkan kemudian.
Terima kasih diucapkan kepada PakSu Mat, MakSu Ngi, Abg.Nasir, K.long Zetti, Abg.Die, K.Manja,Najmi,Farah,Jabir,Fazilah,Bahrul,Zuraini,Ajwadi kerana sudi hadir ke mesyuarat kali ini. Jom pakat tengok ......

Tuan Pengurusi Memulakan Mesyuarat dengan meneliti kandungan mesyuarat sesi 2010.





En.Badri degan gaya tersendiri setelah menerima watikah pelantikan

Habis meeting dah... Makan Time



Selamat hari lahir ashraff. Kebetulan jatuh pada hari tersebut


Sekian


Monday, January 24, 2011

Mesyuarat Agong Hari Keluarga Hj Din ke-21 (2011)

Assalamualaikum....
Bertemu kembali. Untuk maklumat semua ahli keluarga, satu mesyuarat agong Hari Keluarga Hj Din & Co 2011 akan diadakan. Maklumat lanjut, sila rujuk perkara dibawah:-

Tarikh : 29.01.2011 (sabtu)
Masa : 2.30 Petang
Tempat : Rumah Pak Ndak Hasan (Kg.Batu Muda, Kuala Lumpur)
Agenda Utama Mesyuarat:
1. Pelantikan AJK Baru bagi sesi bermula 2011.
2. Perancangan Majlis Hari Keluarga Kali Ke-21.
dan agenda yang terakhir ialah.........
3. Makan..

Semua ahli keluarga dijemput hadir terutama yang berada di kuala lumpur, selangor dan kawasan-kawasan yang sewaktu dengannya........

Sekian....