Islamic Widget

Monday, April 04, 2011

Catatan Sejarah........Kembar Pertama Keluarga Hj.Din

Assalaamualaikum w.bt seisi sanak keluarga sekelian....

Segala puji bagi Allah,pemilik sekelian alam yang telah menganugerahkan sepasang kembar yang bakal mengimarahkan lagi keluarga besar kita.



Syifaa’ dan Sudais selamat dilahirkan melalui pembedahan Caesarian tepat 7.30pm pada 1 April 2011 melengkapkan angka 9 dan 10 bagi senarai cucu-cucu Tok Lang Haron.Tiada yang lebih menggembirakan kedua-dua ibunda serta ayahandanya, Mak Lang Salwa dan Pak Lang Khairy setelah doa mereka saban hari Allah tunaikan.Saat laporan ini ditulis,Mak Lang Salwa baru dibenarkan pulang daripada hospital setelah 4 hari 3malam di Hospital Putrajaya.

Pembedahan berjalan dengan selamat dan jayanya dibawah penyeliaan Prof Dr.Noraihan (Ketua Pakar Perunding Perbidanan dan Sakit Puan Hospital Putrajaya)—Alhamdulillaah..Syifaa’ yang lebih comel 2.4kg, lahir dahulu diikuti adik Sudais yang lebih tegap 2.8kg.

Bagi adik kakak yang berkesempatan, dijemput kenduri aqeqah pada 08/04/2011 Jumaat 8 mlm di rumah Tok Lang....jomlah togeder-geder...

Pssstt...Tok Lang dah nazar sekoq lembu...

Wache’da

Bandar Baru Bangi

04/04/2011

9pm