Islamic Widget

Sunday, March 26, 2006

Kenali Hj Din & Hjh Che Teh

ALLAHYARHAM HJ DIN BIN WAN AWANG
DAN ALLAHYARHAMAH HJH CHE TEH BINTI WAN NIK
Inilah dia wajah dua insan yang berjaya melahirkan 10 orang anak dan mereka mampu mencorakkan kehidupan anak-anak menjadi insan yang berjaya di dunia dan berjaya diakhirat.
Mereka telah kembali ke Rahmatullah pada Mei 1976 (Tok Wan Din) dan Mei 1977 (Tok Teh). Tok Teh meninggal dalam keadaan dia sedang sujud menunaikan solat tarawikh di surau pondok Ustaz Lah, Sek Arab Bohor Mali, setahun selepas Tok Wan Din meninggal. Dah 30 tahun mereka kembali ke hadrat Ilahi. Semoga Roh Mereka berada di sisinya dengan mendapat rahmat dan keampunan. Aaaminnn.


( Sesiapa yang ada maklumat dan pengalaman bersama dengan Tok Wan Din dan Tok Teh bolehlah berikan kepada bloger untuk di kongsi bersama anak-anak cucu, supaya dapat di kenali lebih dekat siapa Tok wan dan siapa Tok teh yang mampu melahirkan insan-insan cemerlang dalam kehidupan.)

1 comment:

NaimRamli said...

Betul la tu... gambar tu asalnya kat rumah Pak Lang. Gambar tu je yang ada. Yang ori tah dok mana. 3 / 4 tahun dulu ada dlm simpanan. Cari-cari tak dak...
Tak perasan lak telinga depa besar. yang perasan telinga pak ndak memang besaq sikit. tupun takla besar sangat... itulah kelebihan yang Allah berikan pada mereka.