Islamic Widget

Wednesday, November 08, 2006

Hari Keluarga Yang Meriah.

Ucapan tahniah kepada semua ahli keluarga yang dapat hadir pada majlis tahunan kita. Hari Keluarga yang ke 16 lalu begitu meriah dengan warna tema pakaian serba hijau. Untuk tahun depan (2007) warna tema yang dipersetujui ramai adalah warna ungu . Majlis berjalan lancar walaupun ada yang tak dapat hadir atas sebab yang mungkin tak dapat dielakkan. Namun di lain pertemuan rasanya akan dapat hadir jua . Dapat juga bertemu dengan semua ahli keluarga. Pertemuan kali ini sekali lagi tercipta sejarah buat kali ke dua di mana kita dapat bergambar semua anak cucu Hj Din dalam satu gambar. Dan ini juga buat pertama kali kita mulakan majlis sejak jam 9.00 pagi dan berakhir jam 6.30 ptg. Alhamdulillah majlis berjalan lancar seperti yang dirancang walaupun ada slot yang kita dahulukan dan ada juga slot yang di tambah. Ucapan berbanyak terima kasih juga pada Pak Lang yang telah memberikan peluang kepada anak-anak saudara mengerjakan haji mulai tahun 2007 hingga 2009. Mereka yang berjaya dalam cabutan bertuah mengerjakan haji adalah : 1. Asma/Ismail (2007) 2. Fisal/Norzeti (2008) dan 3. Asiah/Hakimi (2009) . Moga mendapat haji yang mabrur.
Pertemuan berikutnya adalah di rumah Pak Ngah. Tempat asal semua anak-anak Hj Din dilahirkan dan dibesarkan. Sekian, jumpa lagi di tahun depan (2007) insyaAllah.

5 comments:

MuniraHasan said...

alhamdulillah jadi tema warna purple..ingat kan x jadi sebab macam ramai yg x setuju.. bagusla kalau macam tu.. seronok tengok hari keluarga kita warna sedondon je.. x sakit mata.. hehe..

abu amin said...

Nie tu makna nya warna biji ghemia la tu..ok...so sapa yang cadangkan warna tu agak-agaknya mesti dapat pahala ...sebab memudahkan orang lain tak payah fennin dok pikiaq warna apa nak kena beli....

KakWa PakLanG said...

yeaaaaa...
betambah la koleksi kaler baju kakwa.
(biru tetap di hati)

olan said...

gosok gigi di setiap pagi
diikuti pula di malam hari
kali ni kita berjumpa lagi
warna ungu pilihan di hati

hehehe

salwa said...

suma orang dah siap ka baju kaler ungu?

selamat berpuasa!