Islamic Widget

Tuesday, August 31, 2010

Laporan Dari San Francisco

Salam buat semua adik kakak anak cucu Hj Din
Ada sedikit berita yang dapat di petik daripada blog dek na…sebagai ‘pegawai serantau’ yang tidak jemu-jemu membuat liputan berita terkini misi rawatan Babanya / Pak Lang ke Stanford Hospital, San Francisco, USA.

Rombongan telah selamat sampai di SF setelah menempuh perjalanan yang amat panjang dalam kapal terbang ( bermula dengan KL – Singgapore – Manila – San Francisco ; berapa jam dek na ??? ) pastinya sangat membimbangkan buat semua ahli misi yang terlibat. Alhamdulillah setinggi syukur dipanjatkan kepada Ilahi diatas segala kemudahan yang diberikan sepanjang perjalanan ini.
Rombongan telah disambut dan diraikan oleh rakan / kawan Pak Lang ( En Amir Razlan Sekeluarga dan Hj Suhaimi ) yang memangnya ada saja 'hamba Allah' disegenap ceruk penjuru dunia dimana sahaja yang dikunjungi. Pendek kata letak saja di mana ceruk dunia pastinya ada saja insan yang sudi menghulurkan bantuan. Kami masih ingat lagi bagaimana dulu Wa Che Da kita mendapat rawatan di luar Negara suatu ketika dulu…ada juga utusan yang diutuskan oleh Nya datang menghulurkan bantuan. Begitulah balasan yang Allah berikan jika kita sudi menghulurkan bantuan tanpa mengharapkan sebarang balasan…Hanya Dia saja yang layak memberikan balasan. Ikhlaskan saja bantuan yang diberikan.

Mengikut laporan yang disampaikan dlm blog dek na, Pak lang dijadualkan bertemu dengan Dr Alan Yeung di Stanford Hospital pada 31 Ogos 2010 (zon waktu USA) jam 11 pagi. Sama-sama kita doakan semoga segalanya akan berjalan lancar hendaknya. Wamakaru, WamakaraAllah, Wallahu Khairulmaakirin...

Setakat ini dulu laporan yang dapat diberikan untuk tatapan adik kakak anak cucu Hj Din yang pastinya inginkan maklumat tentang Pak Lang di sana. Jumpa lagi…

1 comment:

Fauzan said...

Terima kasih atasa update terkini. Syukur kehadrat_Nya. Semoga rahmatnya sentiasa bersama. Insa'allah