Islamic Widget

Tuesday, August 31, 2010

Laporan Dari San Francisco

Salam buat semua adik kakak anak cucu Hj Din
Ada sedikit berita yang dapat di petik daripada blog dek na…sebagai ‘pegawai serantau’ yang tidak jemu-jemu membuat liputan berita terkini misi rawatan Babanya / Pak Lang ke Stanford Hospital, San Francisco, USA.

Rombongan telah selamat sampai di SF setelah menempuh perjalanan yang amat panjang dalam kapal terbang ( bermula dengan KL – Singgapore – Manila – San Francisco ; berapa jam dek na ??? ) pastinya sangat membimbangkan buat semua ahli misi yang terlibat. Alhamdulillah setinggi syukur dipanjatkan kepada Ilahi diatas segala kemudahan yang diberikan sepanjang perjalanan ini.
Rombongan telah disambut dan diraikan oleh rakan / kawan Pak Lang ( En Amir Razlan Sekeluarga dan Hj Suhaimi ) yang memangnya ada saja 'hamba Allah' disegenap ceruk penjuru dunia dimana sahaja yang dikunjungi. Pendek kata letak saja di mana ceruk dunia pastinya ada saja insan yang sudi menghulurkan bantuan. Kami masih ingat lagi bagaimana dulu Wa Che Da kita mendapat rawatan di luar Negara suatu ketika dulu…ada juga utusan yang diutuskan oleh Nya datang menghulurkan bantuan. Begitulah balasan yang Allah berikan jika kita sudi menghulurkan bantuan tanpa mengharapkan sebarang balasan…Hanya Dia saja yang layak memberikan balasan. Ikhlaskan saja bantuan yang diberikan.

Mengikut laporan yang disampaikan dlm blog dek na, Pak lang dijadualkan bertemu dengan Dr Alan Yeung di Stanford Hospital pada 31 Ogos 2010 (zon waktu USA) jam 11 pagi. Sama-sama kita doakan semoga segalanya akan berjalan lancar hendaknya. Wamakaru, WamakaraAllah, Wallahu Khairulmaakirin...

Setakat ini dulu laporan yang dapat diberikan untuk tatapan adik kakak anak cucu Hj Din yang pastinya inginkan maklumat tentang Pak Lang di sana. Jumpa lagi…

Saturday, August 28, 2010

PEMERGIAN PAKLANG DGN. ROMBONGAN DI IRINGI DOA


Saat Pak Lang meninggalkan Bandar Baru Bangi sekitar jam 12.15 t.hari, doa di baca oleh Ust. Rashid di aminkan oleh sanak saudara serta kenalan rapat Pak Lang yang ramai memenuhi halaman rumah dengan penuh shahdu kelihatan Pak Lang mengalirkan airmata. Sebelum itu para hadirin beratur seorang demi seorang untuk bersalaman sambil mengucapkan selamat jalan kepada Pak Lang yang di kasihi.
Untuk sanak saudara yang ingin mengikuti perkembangan Pak Lang di USA dari masa kesemasa, pihak bloger akan mengupdatekan maklumat2 terkini dari dek na di San Francisco.

SELAMAT PERGI DAN KEMBALI


Wednesday, August 25, 2010

Perubahan Tarikh Terkini

Salam adik kakak..

Berikut adalah perubahan jadual penerbangan terbaru sehingga detik ini....

MI335/28 AUG KUL/SIN ETD 1430/ETA 1525

PR504/28 AUG SIN/MNL ETD 1725/ETA 2110......

"Wamakaruu..wamakarrallaahh...wallahu...."......

Wassalaaammm...

Wache'da

Wednesday, August 18, 2010

Tarikh Baru Pak Lang Ke SF

Assaalaaamualaikum w.b.t
Tarikh appt Pak Lang telah digenjak kpd 2 Sept oleh SFO.
Maka oleh itu adik kakak sekelian berikut adalah tarikh penerbangan terkini.

Tarikh : 31 Ogos 2010 ( hali meleyka)
Hari : Selasa
ETD :1200 (12.00 t/hari)
Phillipines airlines-(MI321,PR508)

Sekian adanya....
Wassalaaammm

p/s : psssstttttt !!!!! Hari ni besday Pak Lang !!!!!(18 Ogos 2010)

Tuesday, August 17, 2010

Usul Tergempar / Cadangan Wa Timah

Assalamualaikum wbk..

Kepangkuan semua sanak saudara ahli keluarga Hj Din dan Hjh Che Teh. Pihak blogger telah menerima panggilan daripada Wa Timah sebentar tadi. Dengan nada yang terharu dan sedih..., beliau telah mencadangkan kepada kita semua anak cucu Hj Din supaya bersetuju untuk menggunakan sebahagian daripada kutipan dana HKHD untuk disumbangkan kepada Pak Lang dalam misinya ke Stamford Hospital, SF tidak berapa hari lagi ni. Wa kata ' kalau nak di balas budi Pak lang kepada kita semua memang tak terbalas' . Hanya tanda ingatan daripada 'Kita Semua Keluarga Hj Din ' sebagai tanda ikatan kekeluargaan. Wa minta bloger panjangkan cadangan ini dalam blog KHD ini.

Kalau di rujuk kepada penyata kewangan yang telah di edarkan bersama dgn minit mesyuarat HKHD tempohari, didapati jumlah berbaki untuk tahun lepas (2009) adalah sebanyak RM4223. Dan anggaran kutipan untuk tahun ini adalah sebanyak RM4700 , so anggaran Jumlah kutipan semua untuk 2010 adalah RM8923.35 . Untuk perbelanjaan tahun 2010 dianggarkan sebanyak RM4400 . (rujukan minit mesyuarat) Ada lebihan lagi RM4523.35.

Oleh itu... ini cadangan bloger... apa kata kalau kita jadikan angka RM4.000 sebagai jumlah sumbangan yang dimaksudkan oleh Wa. Apa kata Pn Bendahari kehormat dan barisan Urusetia HKHD serta semua sanak saudara KHD ? Setuju atau tidak??? Apa Komen Semua??? khususnya Wa Che'Da ?

Wassalam.

Bloger
Sabtu / 17 Ogos 2020
5.00pm

Tarikh Penerbangan Pak Lang ke San Francisco

Salam buat semua keluarga Hj Din.
Maklumat terkini penerbangan Pak Lang Seisi keluarga ke San Francisco bagi menjalani rawatan jantung seperti yang di maklumkan oleh WaChe'da :

Tarikh : 28 Ogos 2010 / 18 Ramadhan 1431
Hari : Sabtu
Jam : 1430 (2.30 ptg)
Penerbangan : Philipine Airlines.
Transit : SIN,ML to SFO.

Kot ada yang berhasrat mengiringi misi rawatan Pak Lang kali ini bolehlah berbuat demikian.
Semoga misi berjalan lancar. Aaamin.

Pak Ndak menjalani Coronary Angiogram di IJN

Assalaamualaikum w.b.t.
Untuk makluman semua ahli keluarga hj. din & co, pada tanggal 11.08.2010 tempohari (pada hari pertama ramadhan), pak ndak hasan telah menjalani pembedahan kecil di IJN. Kalau ikut medical punya bahasa doktor kata Coronary Angiogram, betul ke itu namanya ye wa che'da @ wa lin (kene rujuk yg pakar), kalau tanya pojan kira macam doktor akan memasukkan cecair berwarna ke dalam pembuluh darah bagi memeriksa jika ada pembuluh darah yang tersumbat melalui kaedah x-ray (ini difinasi doktor tak dak tauliah, hehe). Pak ndak masuk bilik operation lebih kurang jam 2ptg 11.08.2010 (setelah berpuasa dari jam 10mlm sebelumnya). Sepatutnya operation itu dijalankan sesudah subuh, tetapi terdapat kes yang agak kronik, jadi waktu pembedahan pak ndak terpaksa di tangguhkan. Apa lagi pak ndak sampai sejuk-sejuk + ketaq menahan lapaq :). Alhamdulillah lebih kurang jam 5 ptg, selesai pembedahan tersebut dan syukur kehadrat Allah s.w.t kerana mengikut kata doktor, tiada pembuluh darah baru yang tersumbat. Alhamdulillah..... Pak ndak dibenarkan pulang pada keesokan harinya iaitu pada 12.08.2010.
Sekian sedikit update dari pak ndak sempena bulan ketibaan bulan Ramadhan al-Mubarak buat tatapan semua.


Wasalam.


Sunday, August 15, 2010

Salam Dari keluarga Di Bangi.

Salam dari Keluarga di Bangi.Assalaamualaikum w.b.t..
Kehadrat sanak saudara sekelian.....Wache'da ingin menyampaikan salam dari kami sekeluarga di Bangi. Ada sedikit perutusan untuk dikongsi bersama.Buat pengetahuan semua, Pak Lang Haron akan dijadualkan menjalani rawatan di Stanford Hospital, San Fransisco pada 30 Ogos ini atas nasihat pakar jantung di IJN.Walaupun urusan tempahan tiket belum muktamad tarikhnya memandangkan banyak penerbangan telah penuh tempahan, pihak berwajib sedang bertungkus-lumus mendapatkan penerbangan 2 hari selum tarikh rawatan.Urusan permohonan visa juga masih belum selesai terutama kepada 'pengiring-pengiring' dan 'kaki pukul' yang akan menyertai misi murni ini.Tarikh penerbangan yang sah akan dimaklumkan di laman ini sebaik sahaja urusan tempahan selesai.Pakar jantung Dr.Alan Yeung di Hospital Stanford, San Fransisco, yang terlibat secara langsung dengan rawatan jantung Pak Lang Haron pada 2001 akan mengepalai rawatan kali ini bersama Pakar Bedah Jantung Dr.Robert Robbin.Keputusan rawatan kali ini diputuskan oleh Dr. Alan Yeung ketika membuat kunjungan rawatan susulan di Malaysia baru-baru ini,setelah rawatan Angioplasty di IJN pada bulan 6 lalu menemui kegagalan.Walaupun tarikh rawatan melibatkan bulan Ramadhan yang mulia, tetapi rawatan kali ini dinasihatkan agar tidak ditangguh.Kawasan jantung bermasaalah telah dikenalpasti oleh Dr.Alan dan akan melibatkan intervention dari abdominal aorta dan jika kaedah ini gagal,Pak Lang Haron perlu di bedah kaedah Off Pump Surgeri.Oleh kerana tarikh rawatan amat hampir dengan sambutan Aidil Fitri, ada kebarangkalian yang tinggi misi ini menjangkaui Hari Raya.Memandangkan pengiring-pengiring yang terdiri daripada Maklang Jah (chief of mission), Wa Lin (doktor peribadi), Hj.Hamdi (kaki pukul),Hj.Najmi (gangster kampung dusun),Hana (bibik bertauliah) jika terpaksa beraya di bumi Palo Alto, maka kami yang tinggal di Bangi perlu akur dengan ketentuan itu sebab 'drebar-drebar' ada 'at the other side of the globe'.....(good bye sup gear-box...hu...hu...)
Buat adik-beradik dan sanak saudara sekelian, kami amat mengharapkan doa agar dipanjatkan kehadrat Allah s.w.t agar rahmat dan barakahnya serta belas ihsannya bersama-sama kita.Robbi Yassir wala tu'assirrr.....Harap dapat dimaklumkan kepada sanak saudara yang 'malas' melayari laman kita bersama ini.(harap-harap diringankan jari-jemari untuk melayari laman kita bersama)

Ilal liqaaa'......Ma'a sssalamahh...Wassalam,

Wache'da.
5 Ramadhan 1431
15 Ogos 2010

* nak info lagi sila ke laman 'darussyifa online.'

Thursday, August 12, 2010

Tentatif Program HKHD ke 20

TENTATIF PROGRAM HKHD 2010

8.00 pagi - Pendaftaran dan Sarapan Pagi.
9.00 pagi - Majlis Tahlil.
10.00 pagi - Sesi Bergambar setiap keluarga.
10.45 pg - Pemberian duit Raya.
11.15 pg - Sukaneka utk kanak-kanak.
12.15 th - Kuiz Agama (Pak Ngah) 3 kump.

12.45 th - Makan Tengah Hari.
1.30 th - Solat Zohor.
2.00 ptg - Tazkirah (Pak Ndak / Pak Ngah / Pak Lang)

4.00 ptg - Minum Petang.
4.31 ptg - Solat Asar.
5.00 ptg - Persembahan Nasyid ( 2 buah lagu )
- Hadiah Sukaneka
- Hadiah Tuan Rumah
- Hadiah Kuiz.
- Hadiah Kecemerlangan.
- Cabutan Bertuah.
6.15 ptg - Mesyuarat Ringkas HKHD 2011.
6.30 ptg - Bersurai.

Wednesday, August 11, 2010

Hal-hal Lain Dalam Mesyuarat

1. Hadiah cabutan bertuah - hendaklah mengikut kategori seperti tahun lepas :
a) Anak Haji Din - 5 cabutan hadiah
b) Cucu Haji Din - 20 cabutan hadiah
c) Cicit dan piut - 15 cabutan hadiah

- hadiah cabutan insyaAllah akan di tambah - inisiatif Kak Bee (orang kuat HPA) TQ Kak Bee...

2. Semua perbelanjaan menggunakan wang dana boleh di tuntut dari Pn Bendahari Kehormat, Pn Salwa Haron, berserta resit (jika ada) dan sebarang keperluan kewangan sila berhubung terus dengan beliau.

3. Ada cadangan HKHD tahun depan (2011) ke Rumah Pak Ndak pula di Kg Batu Muda , KL. Sapa Setuju angkat tangan ???

4. Budget duit raya untuk anak penakan ...

- Cucu Hj Din Yg Belum kahwin = 29
- Cicit Hj Din = 70
- Piut Hj Din = 3
Semua = 103 + keluarga dari Patani (standby 30 lagi).


Sekian, jumpa kita di HKHD 2010 di rumah mak Njang.

Menu HKHD ke 20 (2010)

Pembentangan Menu oleh Mak Teh dan Mak Njang.

Sarapan Pagi:
Roti Arab / Nasi lemak / Kueh
Teh tarik / Teh 'O' / Kopi 'O'
Makan Tengahari:
Nasi puteh / Kurma daging / Ayam Goreng Berempah / Air Asam & ulam / Gulai Daging + Rebung / Ikan Goreng
Minuman - Air Sirap / Air Kosong.
Minum Petang :
Laksa / Tepung Bungkus / Pulut Udang
Minuman - Teh dan kopi.
Amacam cadangan menu Mak Teh dan Mak Njang kita ? OK tak ??? Boleh lah tu . makan cara kampung ..... nak sedap lagi cari sendiri...

Tuesday, August 10, 2010

AJK Hari Keluarga 2010

Petikan daripada minit mesyuarat HKHD kali ke 20.
AJK induk

Penaung ;

Dato Dr Haron Din /Datuk Abu Hassan Din / Ustaz Ishak Din

Urusetia:

En Abidin Hussin (Pengerusi)/ En Nordin Ramli (AJK) / Pn Zaleha Abu Bakar (Pencatat)

Bendahari: Pn Salwa Haron

AJK Anugerah Cemerlang: Dr Huda Haron / Dr Azlin Azzuddin



AJK Kecil:


Sambutan /Persiapan Tempat : Keluarga Mak Njang / Nordin (K) / Ustaz Jamil


Pendaftaran: Muna (K) / Nadia Mursyida


Sukaneka: Syahirah (K) / Keluarga Pak Ndak.


Kuiz Agama : Keluarga Pak Ngah Juru Kuiz : Pak Ngah.


Solat Berjamaah : Pak Cik Idris (K) Fadhlan / Hanif


Jamuan : Keluarga Mak Njang /Abg Naim (K) /Asiah / Nor Asma


Parking : Farhan (K) Hilman / Hanif / Fikri / Nublan /Sidqi


Nasyid : Keluarga Mak Su Tun / Mohd Jabir (K)


Cabutan Bertuah : Mak Cik Yah


Siaraya : En Hamdi Haron (K)


Kebersihan : En Hamdan Aziz (K) Hilmi / Ismail / Keluarga Mak Tam


Juruacara : Ustaz Nabil (K) / Salwa


Kad Jemputan, Dokumentasi & Data Keluarga : Abg Nasir (K)


Hadiah Sukaneka : Najwa (K) / Keluarga Wa Timah


Hadiah Cabutan Bertuah : Yana (K) / Keluarga Mak Cik


Hadiah Ahli Baru & Tuan Rumah : Keluarga Mak Su Ngi


Hadiah 10 Beradik : Nadia Mursyida (K) / Keluarga Mak Teh

Hadiah Kuiz Agama : Kak Nora (K) , Keluarga Pak Ngah


Salam Ramadhan

Assalamualaikum ... kepada semua sanak saudara...
Here's a message for you from an old friend.

My name is Syaaban. I want to remind you that my cousin Ramadhan will be visiting soon with his wife Puasa and their children Sahur and Iftar. The couple's grandchildren Rahmat, Barakat and Tawba will also be coming along. Welcome and embrance them in your home and insyaAllah you will be able to visit them in thier home in Jannah. Mereka akan pulang selepas 30 hari dengan menaiki pesawat Eidul Airlines... Hargailah mereka.

Selamat Berpuasa.