Sedikit perkhabaran buat tatapan semua ahli keluarga Hj Din. Ingin saya maklumkan disini, Pak ndak hasan kini berada di hospital selayang. Pak Ndak sudah selesai menjalani pembedahan kecil kelmarin (02.03.2011). Setelah selesai pembedahan, pak ndak terus ditempatkan diunit ICU, Hospital selayang kerana menghadapi sedikit komplikasi jantung. Selain itu, hasil pembedahan itu jugak akan diketahui dalam tempoh masa satu minggu. Saya bagi pihak pak ndak, mak ndak dan sekeluarga memohon semua ahli keluarga Hj Din, adik beradik, sepupu sepapat, sedara mara dan kenalan supaya mengadakan solat hajat, bacaan Yaasin dan memanjatkan doa kehadrat Allah s.w.t agar semuanya selamat selain memohon supaya keputusan pembedahan yang buleh melegakan hati semua pihak.
Sekian.
5 comments:
Doa dari semua adik bradik semoga Allah memberi kesembuhan dan berada dalam perlindunganNya..aminnn
Sha bagi pihak ahli keluarga pak ndak mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua adik-beradik, sanak saudara dan kenalan yag sudi datang (walau dpt tgk pak ndak sekejap saja) dan memberi semangat kepada kami semua.....hanya Allah saja yang akan membalas nya dan memakbulkan doa kite semua......kami sekeluarga merasa sungguh terharu dengan kehadiran semua......time kasih lg sekali.....
semoga pakndak cepat sembuh...
Moga-moga, pakndak cpt. Sembuh, dapat sambung ceramah balik..
salam dari kuarga kg batu muda disambut dan doa dari kami sentiasa di pohonkan ke hadrat Ilahi. Amiiiiiiiinn.
- alang
Post a Comment