Islamic Widget

Monday, July 24, 2006

Tok Piah - Bonda Pak Teh Mat Kembali Ke Rahmatullah

Tok Piah ialah seorang yang tak asing dalam keluarga Hj Din. Allahyarhamah adalah bonda kepada Pak Teh Mat / Mak Teh Bee, isteri kepada Hj Jaya yang tinggal bersebelahan dengan rumah Mak Teh di Padang Melangit, Beseri. Beliau sering bersama-sama kita dalam majlis-majlis kenduri keluarga Hj Din maupun Majlis Hari Keluarga Hj Din yang di adakan. Beliau adalah seorang yang amat peramah dan sentiasa mengambil berat tentang keluarga Hj Din.
Allahyarhamah telah kembali ke Rahmatullah pada hari Sabtu, 23 Julai 2006 bersamaan dengan 25 JamadilAkhir 1427 yang lalu. Allahyarhamah telah telantar sakit selama lebih kurang 10 bulan akibat serangan angin ahmar. Ramai sanak saudara yang hadir menziarahi jenazah beliau. Kami semua keluarga Hj Din terasa kehilangannya, dan kami semua mendoakan semuga roh dan jasadnya disemadikan bersama-sama dengan orang-orang yang soleh dan solehah. Amin... AL FATIHAH.

No comments: