Islamic Widget

Saturday, August 12, 2006

Maklumat Hari Keluarga 2006

MAJLIS HARI KELUARGA HJ DIN (Kali ke 16 -Tahun 2006)
( RUMAH MAK NJANG KIAH )
-----------------------------------------------------------------------------
Ketibaan Ahli Keluarga : 9.00 pg – 9.30 pg

TENTATIF PROGRAM HARI KELUARGA.

1. Minum Pagi/ Kudapan
· Sarapan pagi di ‘sponser’ oleh Pak Ngah. Semua ahli keluarga dijemput datang awal menjamu selera ‘Selamat Datang” .

2.TAHLIL -
9.30 PAGI

· Bermula tepat jam 9.30 pg
· Dibawah pimpinan Datuk Abu Hassan Din Al Hafiz
· Semua ahli diminta tiba sebelum jam 9.30 pg
· Quran Berjilid ( dua set ) disediakan oleh Tuan Rumah .


3- SESI BERGAMBAR
10.30 pagi

· Sessi bergambar adalah untuk seluruh ahli keluarga Hj Din.
· Jangka masa sesi bergambar selama 25 min sahaja.
· Diuruskan oleh Saudara Akmal Bin Ahmad
· Dibantu oleh Saudara Shaiful Khairy Kamarul Zaman.
· Semua ahli keluarga dipohon beri kerjasama supaya
masa yang ditetapkan mencukupi.


4-CABUTAN BERTUAH
11.00 pg

· Di bawah Kelolaan Mak Cik Yah.
· Hadiah dituntut selepas tamat majlis.

5-CERAMAH MOTIVASI
11.15 pg

· Di pengerusikan oleh Pn Zaleha Abu Bakar.
· Di sampaikan oleh Cikgu Abidin Hussin

6-MAKAN T/HARI
12.00 t/hari

· Sumbangan & tempahan - Tuan Rumah


7-SOLAT ZUHOR
1.30 PTG

· Sejadah disediakan oleh pihak tuan rumah
· Imam menggunakan pembesar suara.
· Bilal – Saudara Solhi Bin Abidin.


8-TAZKIRAH
2.00 PTG

a. Di bawah Kelolaan Datuk Abu Hassan Din
b. Dua orang penceramah ditetapkan.
1. Ustaz Ishak Hj Din (Pak Ngah)
2. Datuk Haron Din (Pak Lang)
Seemua ahli keluarga dipohon berada dI tempat ceramah bagi melicinkan perjalanan dan mendapat manafaat.

9-SUKANEKA ( FASA 1 )
3.30 – 4.30 PTG

Di bawah kelolan Mohd. Jabir .
Rujuk senarai AJK ( tugasan & tindakan)


10-SOLAT ASAR
4.30 PTG

a. Sejadah disediakan oleh pihak tuan rumah
b. Imam menggunakan pembesar suara.
c. Bilal – Ustaz Mohd Mahfuz Bin Syafaat.


11-Minum Petang

Disediakan oleh tuan rumah


12-SESI DUIT RAYA
4.50 PTG

· Di bawah Kelolaan Pn. Salwa Bt. Haron
· Sumbangan sekadar ikhlas.
· Penyumbang yang dah berkerja sangat dialu-alukan.

13-SUKANEKA ( FASA 2 )
5.00 PTG

Di bawah kelolan Mohd. Jabir Abu Bakar.
Rujuk senarai AJK ( tugasan & tindakan)


14-PENYAMPAIAN HADIAH
6.15 PTG


1) Hadiah kecemerlangan
a. Kelolaan dan pengerusi majlis : Dr. Huda Bt Haron
b. Penerima hadiah kecemerlangan perlu dimaklumkan kepada pengelola terlebih dahulu beserta dengan salinan keputusan / dokumen untuk pengesahan.
c. Kriteria yg telah dipersetujui adalah :
1. Universiti - Anugerah Dekan @ 3.75 pointer ­
2. STPM - 4 P
3. SPM - 8 A
4. PMR - 7 A
5. UPSR - 5 A
6. Nombor satu dlm kelas / tingkatan.

2) Hadiah Sukaneka
Kelolaan Pn. Najwa Bt Hj Abu Bakar ( Ketua)

3) Hadiah untuk ahli baru dan Tuan Rumah
· Kelolaan Pn. Khairiah Bt Hj Ishak ( Ketua ) ,
· Tugasan & tindakan ; rujuk helaian AJK.


BERSURAI JAM 7.00 ptg

Perhatian :

1. Semua ahli keluarga diminta berada dalam khemah / tempat tazkirah semasa sesi tazkirah berjalan.
2. Elakkan berkelompok sesama sendiri.
3. Elakkan makan/ minum semasa acara sedang berjalan.
4. Yuran untuk tahun ini adalah sebanyak RM 50.00 bagi setiap ahli yang berkeluarga dan individu yang berkerja. Serahkan kepada bendahari berdekatan yang dilantik dengan kadar segera.
5. CADANGAN URUSETIA : Membeli dua buah kipas besar untuk kegunaan majlis hari keluarga.
6. Maklumat Hari Keluarga dan juga keluarga Hj Din : - Lawati laman web http://hjdinnco.blogspot.com.my

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++


AJK HARI KELUARGA HJ DIN (kali ke 16)
TAHUN 2006

PENAUNG & PENASIHAT : 1. DATUK DR HARON DIN
2. ALFADHIL USTAZ ISHAK HJ DIN
3. DATUK ABU HASSAN DIN ALHAFIZ.

URUSETIA 1. USTAZAH SITI MARIAM HJ DIN
2. USTAZAH CHE BI HJ DIN
3. EN MUHD. NAIM BIN RAMLI

BENDAHARI : PN.SALWA DATO’ HARON ( Bendahari Tetap)
Pungutan : Kaw Utara : Dr Wajdi Bin Ghazali
Kaw Tengah : En. Nordin Ramli
KL : En. Badri Ishak

AHLI JAWATANKUASA KERJA :

1. Tazkirah
Pengerusi : Datuk Abu Hassan Din Alhafiz
Penceramah : 1. Dato’ Dr Haron Din
2. Ustaz Ishak Din
3. Cikgu Abidin Hussin
2. Sukaneka
Pengerusi 1. Mohd Jabir Bin Abu Bakar (Ketua)
AJK 2. Mohd Suhaimi Abu Bakar
3. Mohd. Fazlan Bin Hj Idris
4. Najah Ghazali
5. Munirah Datuk Abu hassan

Tugasan :
§ Masa diperuntukkan adalah selama (+ - 1 ½ jam )
§ Set kan permainan & kuiz uji minda mengikut kategori
§ AJK tambahan boleh dilantik atas budi bicara pengerusi- maklum kepada urusetia.
§ Mengumumkan Keputusan

3. Hadiah Sukaneka
1. Pn Najwa Bt Hj Abu Bakar (Ketua)
2. Pn. Asma Bt Hj Abu Bakar
3. Pn. Haslina Bt Hasim
Tugasan :
§ Bincang bersama AJK sukaneka bagi menetukan jumlah / bilangan dan kesesuaian hadiah . Rujuk Bendahari tetap Pn Salwa Haron untuk mendapatkan peruntukan ( Jumlah peruntukan ruj. Lampiran dibelakang).
§ Kenalpasti hadiah, membeli hadiah ,membungkus hadiah dan menguruskan sesi penyampaian hadiah.

4. Hadiah Kecemerlangan
Pengerusi : Dr. Huda Haron
Tugasan :
· Menerima pencalonan anugerah cemerlang daripada ahli.
· Membuat pengesahan penerima anugerah cemerlang.
· Kriteria yg telah dipersetujui adalah :
1. Universiti - Anugerah Dekan @ 3.75 pointer ­
2. STPM - 4 P
3. SPM - 8 A
4. PMR - 7 A
5. UPSR - 5A
6. Tempat Pertama dlm kelas / tingkatan.

7. Jamuan
Pengelola: Tuan Rumah
Pagi : Pak Ngah
Tengahari : Pak Njang
Petang : Pak Njang


6. Persiapan Tempat : Tuan Rumah

7. Khemah : Tuan Rumah

8. Siaraya Pengelola : Tn Hj Abidin Bin Hussin

9. Backdrop Pengelola : Mak Su Ngi
Tugasan :
· Sediakan backdrop berukuran 3 ‘ X 6 ‘
· Boleh digunakan backdrop yang tahun lepas.
· Kemaskini maklumat yang tertera.

10. Cabutan Bertuah.
Pengelola : Mak Cik Yah
Tugasan :
· Menyediakan 20 hadiah.
· Bebas menentukan jenis hadiah - nilai RM 10.00 setiap satu.
· Mengelola sesi cabutan bertuah dengan sistem cabutan yang berkesan.
· Untuk menjimatkan masa, hadiah boleh dituntut selepas majlis selesai.

11. Hadiah Kelahiran @ Perkahwinan & Hadiah Tuan Rumah
Pengelola : Pn Khairiah bt Hj Ishak ( Ketua )
Pn Nora Bt Hj Ishak
Pn Masliha Bt Omar @ Wahab
Tugasan:
· Menentukan bilangan ahli baru. (Kelahiran & perkahwinan)
· Menentukan hadiah ahli baru dengan anggaran nilai RM 30.00
· Menentukan hadiah untuk tuan rumah anggaran nilai RM 50.00
· Membungkus hadiah.
· Peruntukan membeli hadiah boleh didapati daripada bendahari.
· Mengelola slot pemberian hadiah kepada ahli baru dan hadiah untuk tuan rumah.

12. Kad Jemputan
Pengelola : Ustaz Jamil / Puan Norhayati
Tugasan : Merekabentuk kad jumputan mencetak dan mengirimkan
kad jemputan kepada semua ahli keluarga.

13. Pengerusi Majlis
Pn Azizah @ Zaleha Bt. Abu Bakar (Kak Dah)
Tugasan:
· Mempengerusikan majlis sepanjang majlis Hari Keluarga berjalan kecuali slot-slot yang telah ditetapkan pengerusinya.
· Menyelaras perjalanan majlis sehingga ke akhir - menyerahkan majlis kepada pengerusinya untuk slot-slot yang telah di susunatur.

14. Kawalan / Seranta
- Mohd Fauzan Abu Hassan &
- Baharurrazi Ishak
Tugasan ( Mengawal kelicinan majlis dari segi gangguan bising khasnya semasa slot
ceramah dan tazkirah)

15. Urusetia
Tugasan
· Mengadakan perbincangan perjalanan Hari Keluarga
· Melantik dan menetapkan AJK / mengagihkan tugas-tugas.
· Merangka aturcara majlis.
· Menyelaras antara AJK.
· Memantau perjalanan dan persediaan sebelum Hari Keluarga
· Menyediakan laporan perbincangan dan mengirimkan laporan kepada setiap ahli .
Diharapkan semua Ahli Jawatankuasa yang dilantik dapat menjalankan tugas atas dasar
kekeluargaan dan penuh semangat permuafakatan demi menjayakan Hari Keluarga dan
semoga matlamat ‘Hari Keluarga HJ Din’ akan tercapai.


ANGGARAN PERBELANJAAN
HARI KELUARGA TAHUN 2006

KHEMAH , KERUSI DAN MEJA (2 buah/set) - RM 500.00
MINUM PETANG - RM 250.00
SIARAYA - RM 50.00
HADIAH SUKANEKA - RM 400.00
HADIAH CABUTAN BERTUAH - RM 200.00
HADIAH TUAN RUMAH - RM 50.00
HADIAH KELAHIRAN / PERKAHWINAN - RM 30.00 / SEORANG *
KAD JEMPUTAN - RM 20.00
RUNCIT / PENGURUSAN / SURAT EDARAN - RM 50.00
JUMLAH = RM1550.00 + (*)
SEGALA PERBELANJAAN PERLU DISENARAIKAN DAN DI SERAHKAN KEPADA BENDAHARI TETAP UNTUK TUNTUTAN.
Disediakan oleh ;
Urusetia Hari Keluarga: Disemak dan disahkan:

……………………… ………………………………..

Muhammad Naim Ramli / Ustazah Hjh Siti Mariam Hj Din
Setiausaha. (019-5640890) / Pengerusi Urusetia. (012-5816821)




5 comments:

babaizzah said...

alhamdulillah, hari keluarga Tok wan din & Tok teh telah selesai & berjalan dgn lancar spt yg dirancang. tahniah kepada semua yg bertungkus lumus menjayakan majlis yg gilang gemilang tersebut.tahun depan insya Allah jumpa lagi di rumah pak ngah. wassalam....

KakWa PakLanG said...

tak sabar nak tengok gambar ramai2 tu

MuniraHasan said...

alhamdulillah semuanya berjalan dengan jayanya.. betul tu kakwe...x saba nak tengok gambar ramai2 tue.. cemanelah muke masing2 agaknye..maner taknyer.. dok bawah matehari.. mesti sume mate kecik jer.. hehehe...

KakWa PakLanG said...

bg naim kata nak edarkan gambar keluarga masa knduri mimi nanti. tak sabar nak tengok muka sendiri, lawa ke tak...

MuniraHasan said...

amboi kakwe.. nak tengok muke sendiri jer?? tula..harap2 laaa ok.. bukan senang nak tangkap gambar ramai2 mcm tu kan..