Islamic Widget

Tuesday, August 17, 2010

Pak Ndak menjalani Coronary Angiogram di IJN

Assalaamualaikum w.b.t.
Untuk makluman semua ahli keluarga hj. din & co, pada tanggal 11.08.2010 tempohari (pada hari pertama ramadhan), pak ndak hasan telah menjalani pembedahan kecil di IJN. Kalau ikut medical punya bahasa doktor kata Coronary Angiogram, betul ke itu namanya ye wa che'da @ wa lin (kene rujuk yg pakar), kalau tanya pojan kira macam doktor akan memasukkan cecair berwarna ke dalam pembuluh darah bagi memeriksa jika ada pembuluh darah yang tersumbat melalui kaedah x-ray (ini difinasi doktor tak dak tauliah, hehe). Pak ndak masuk bilik operation lebih kurang jam 2ptg 11.08.2010 (setelah berpuasa dari jam 10mlm sebelumnya). Sepatutnya operation itu dijalankan sesudah subuh, tetapi terdapat kes yang agak kronik, jadi waktu pembedahan pak ndak terpaksa di tangguhkan. Apa lagi pak ndak sampai sejuk-sejuk + ketaq menahan lapaq :). Alhamdulillah lebih kurang jam 5 ptg, selesai pembedahan tersebut dan syukur kehadrat Allah s.w.t kerana mengikut kata doktor, tiada pembuluh darah baru yang tersumbat. Alhamdulillah..... Pak ndak dibenarkan pulang pada keesokan harinya iaitu pada 12.08.2010.
Sekian sedikit update dari pak ndak sempena bulan ketibaan bulan Ramadhan al-Mubarak buat tatapan semua.


Wasalam.


7 comments:

wache'da said...

Coronary Angiogram.......ya butuuuullll !!!!!! markah penuhh !!!!

asiah said...

Alhamdulillah..
semoga kesihatan pak ndak semakin baik..

Fauzan said...

TQ2

Maksu Ngi said...

Syukur alhamdulillah...dengan izin Allah pak ndak dah semakin sihat dah dapat balik umah..dan dapat berbuka posa dirumah..kak bi, masak tu jgn sedap2 sgt.. ingat org sakit tu, banyak kena pantang...jangan pantang tengok udah...

zeti/nasir said...

tq pojan atas posting maklumat mengenai pk ndak,semoga pak ndak terus sihat lebih2 lagi bulan posa ni..

Pak Ngah Olie said...

a'lillah..tq tq semua sebab selalu update maklumat kat sini..senang org jauh nak tau perkembangan semasa.

iffah said...

alhamdulillah....