Islamic Widget

Sunday, August 15, 2010

Salam Dari keluarga Di Bangi.

Salam dari Keluarga di Bangi.Assalaamualaikum w.b.t..
Kehadrat sanak saudara sekelian.....Wache'da ingin menyampaikan salam dari kami sekeluarga di Bangi. Ada sedikit perutusan untuk dikongsi bersama.Buat pengetahuan semua, Pak Lang Haron akan dijadualkan menjalani rawatan di Stanford Hospital, San Fransisco pada 30 Ogos ini atas nasihat pakar jantung di IJN.Walaupun urusan tempahan tiket belum muktamad tarikhnya memandangkan banyak penerbangan telah penuh tempahan, pihak berwajib sedang bertungkus-lumus mendapatkan penerbangan 2 hari selum tarikh rawatan.Urusan permohonan visa juga masih belum selesai terutama kepada 'pengiring-pengiring' dan 'kaki pukul' yang akan menyertai misi murni ini.Tarikh penerbangan yang sah akan dimaklumkan di laman ini sebaik sahaja urusan tempahan selesai.Pakar jantung Dr.Alan Yeung di Hospital Stanford, San Fransisco, yang terlibat secara langsung dengan rawatan jantung Pak Lang Haron pada 2001 akan mengepalai rawatan kali ini bersama Pakar Bedah Jantung Dr.Robert Robbin.Keputusan rawatan kali ini diputuskan oleh Dr. Alan Yeung ketika membuat kunjungan rawatan susulan di Malaysia baru-baru ini,setelah rawatan Angioplasty di IJN pada bulan 6 lalu menemui kegagalan.Walaupun tarikh rawatan melibatkan bulan Ramadhan yang mulia, tetapi rawatan kali ini dinasihatkan agar tidak ditangguh.Kawasan jantung bermasaalah telah dikenalpasti oleh Dr.Alan dan akan melibatkan intervention dari abdominal aorta dan jika kaedah ini gagal,Pak Lang Haron perlu di bedah kaedah Off Pump Surgeri.Oleh kerana tarikh rawatan amat hampir dengan sambutan Aidil Fitri, ada kebarangkalian yang tinggi misi ini menjangkaui Hari Raya.Memandangkan pengiring-pengiring yang terdiri daripada Maklang Jah (chief of mission), Wa Lin (doktor peribadi), Hj.Hamdi (kaki pukul),Hj.Najmi (gangster kampung dusun),Hana (bibik bertauliah) jika terpaksa beraya di bumi Palo Alto, maka kami yang tinggal di Bangi perlu akur dengan ketentuan itu sebab 'drebar-drebar' ada 'at the other side of the globe'.....(good bye sup gear-box...hu...hu...)
Buat adik-beradik dan sanak saudara sekelian, kami amat mengharapkan doa agar dipanjatkan kehadrat Allah s.w.t agar rahmat dan barakahnya serta belas ihsannya bersama-sama kita.Robbi Yassir wala tu'assirrr.....Harap dapat dimaklumkan kepada sanak saudara yang 'malas' melayari laman kita bersama ini.(harap-harap diringankan jari-jemari untuk melayari laman kita bersama)

Ilal liqaaa'......Ma'a sssalamahh...Wassalam,

Wache'da.
5 Ramadhan 1431
15 Ogos 2010

* nak info lagi sila ke laman 'darussyifa online.'

18 comments:

NaimRamli said...

Bagi pihak Blog HKHD, kami semua amat berasa terharu dengan apa yang akan bakal ditempuh oleh Pak Lang serta semua keluarga Pak Lang. Hanya Doa dan pengharapan yang mampu kami iringi...berserta solat hajat yang kita lakukan bersama . Semoga misi ini berjaya dan segala perancangan yang rapi mampu membuahkan hasil yang amat baik. Kepada Allah jua tempat pergantungan kita semua. Kepada semua anak cucu Hj Din buatlah apa yang patut dan yang terbaik untuk Pak Lang. Aminnnnn Ya Allah..

hanaharon said...

saya jadi bibik bertauliah?.. redho akan ketentuannya...hehehe... doakan segala persiapan dan urusan2 sebelum berangkat berjalan dengan lancar, dan semoga perjalanan kami dipermudahkan.. insyaAllah...tengkiu wache'da... we love u!

asiah said...

terima kasih atas maklumat dr wa che da..sekarang kita ada 2 sumber..so..sesapa yg tak bukak fb..boleh dapat info dr sini juga..

Semoga misi ini berjaya..amin

Anonymous said...

asmkum wbt...sedihnya cerita...rasa terharu dan sebak di hati...hanya doa dan pengharapan yang amat tinggi mudahan2 segala-galanya dipermudahkan Allah hendaknya..Amin Ya Rabbal Alamiin..hanya Padamu tempat bergantung..

dari ahli keluarga wa timah

Anonymous said...

bagi pihak famili pak tam dan mak tam, kami di sini sentiasa mendoakan yang terbaik utk paklang skeluarga... amenn

zeti / nasir said...

terima kasih kepada wa che da atas maklumat mengenai pak lang yang exclusive dan teruskan menulis, kami selalu mengikuti perkembangan dari masa kesemasa..Untuk pak lang kami iringi dgn doa begitu juga ahli keluarga yg mengiringi agar d permudahkan segala urusan..mari lah kita sama2 ber doa serta solat hajat d bulan ramadan yg berkat ini

wache'da said...

Terima Kasih kepada semua yang sudi berkongsi rasa pada waktu gawat ini,jua pada yang sudi memanjatkan doa.Hanya Allah yang layak membalasnya.

Buat masa ini tempahan tiket dgn phillipine airline (itu je yang available) pada 28 Ogos akan bergantung dengan kelulusan visa.

Semoga dipermudahkanNya....

Fauzan said...

Pojan dan keluarga pak ndak akan sentiasa mendoakan agar segala urusan paklang, maklang and 'da geng' akn dipermudahkn oleh-Nya insa'allah. Semoga selamat bertolak dan selamat pulang. Tq wa che'da.

Maksu Ngi said...

terharu dan sedih sgt2..hanya iringan doa yang mampu kami iringi semoga abg Haron selamat menjalani rawatan di San Fransisco, pada pengiring2 juga semoga semuanya selamat pergi dan balik. Semoga misi ini mendapat barakah dibulan ramadhan yang mulia ini.

wache'da said...

Salam,

Phillipine airline 28AUG,ETD 1430,transit SIN,MNL to SFO.

Sapa-sapa ada kelapangan dan kemudahan.....jom pi KLIA.....jumpa di sanaaaa....sana....

Fauzan said...

Insa'allah dengan izin-Nya, kami akan sampai. Tq wa che'da.

Maksu Ngi said...

tengkiu wa che da, kerana memaklumkan maklumat trkini untuk pengetahuan adik bradik dan kaum keluarga...kami menunggu segala perkembangan tekini dari masa kesemasa...

zeti/nasir said...

ok tq sekali lagi di atas "update" dari wa che da mengenai pak lang.
Cuma nak boleh tak nk tnye sikit pasal sup gear box tu,tak paham apa mksud 'drebar2 ada at the other side of the globe...'saje nk tau kalau boleh kongsi sama

Pak Ngah Olie said...

thanks kak da atas update..utk dekna..jadilah bibik yang terbaek..jalankan tugasan yg diamanahkan dgn berkualiti..hehe..
utk bonzer2 plak..hampa mmg terbaekkk...

Kakwe said...

takpa kaklong, biar awe tolong jawabkan. setiap tahun kan paklang sembelih lembu dan setiap tahun kak ude buat sup gear box di bohoq lateh. memandangkan tahun ni kami tak tau lagi nak raya kat mana sebab orang lelaki merangkap driver (banglin, bangdi, mimi) semua ada "the other side of the globe" (kita di malaysia, depa di US), jadi takdak driver nak bawak balik kampung, jadi tak dapatlah nak buat sup gearbox.

Yati said...

Terharu dengan wording "Kenang Daku Dalam Doamu" (petikan darussyifa online) .....
Insya Allah, kami senantiasa doakan yang terbaik buat pak lang dan kontinjen semua.
Semoga dipermudahkan Allah dalam segala urusan..
Trima kasih unt kak uda..atas updates..

zeti said...

oowh baru lah faham...tq kak awe atas keterangan yg d beri..hih hih br lah jelas

Nabil Ahmad said...

Bagi pihak keluarga Makteh Bi dan Pakteh Mat kami mengucapkan Selamat berangkat ke sana buat petugas2 yang di amanahkan bersama Paklang Haron yang disayangi, moga ALLAH mempermudahkan urusan kalian.. ini bukan permintaan kita tapi aturan Yang Maha Esa, selaku HambaNYA yang kerdil sama-samalah kita berusaha, berikhtiar dan terus berdoa untuk kesejahteraan dan kesihatan Pak Lang agar kembali pulih seperti sediakala ... ALLAHUMMA LA SAHLA ILLA MA JA'ALTAHU SAHLA .... Aminn Ya Rabb..