Islamic Widget

Tuesday, August 17, 2010

Usul Tergempar / Cadangan Wa Timah

Assalamualaikum wbk..

Kepangkuan semua sanak saudara ahli keluarga Hj Din dan Hjh Che Teh. Pihak blogger telah menerima panggilan daripada Wa Timah sebentar tadi. Dengan nada yang terharu dan sedih..., beliau telah mencadangkan kepada kita semua anak cucu Hj Din supaya bersetuju untuk menggunakan sebahagian daripada kutipan dana HKHD untuk disumbangkan kepada Pak Lang dalam misinya ke Stamford Hospital, SF tidak berapa hari lagi ni. Wa kata ' kalau nak di balas budi Pak lang kepada kita semua memang tak terbalas' . Hanya tanda ingatan daripada 'Kita Semua Keluarga Hj Din ' sebagai tanda ikatan kekeluargaan. Wa minta bloger panjangkan cadangan ini dalam blog KHD ini.

Kalau di rujuk kepada penyata kewangan yang telah di edarkan bersama dgn minit mesyuarat HKHD tempohari, didapati jumlah berbaki untuk tahun lepas (2009) adalah sebanyak RM4223. Dan anggaran kutipan untuk tahun ini adalah sebanyak RM4700 , so anggaran Jumlah kutipan semua untuk 2010 adalah RM8923.35 . Untuk perbelanjaan tahun 2010 dianggarkan sebanyak RM4400 . (rujukan minit mesyuarat) Ada lebihan lagi RM4523.35.

Oleh itu... ini cadangan bloger... apa kata kalau kita jadikan angka RM4.000 sebagai jumlah sumbangan yang dimaksudkan oleh Wa. Apa kata Pn Bendahari kehormat dan barisan Urusetia HKHD serta semua sanak saudara KHD ? Setuju atau tidak??? Apa Komen Semua??? khususnya Wa Che'Da ?

Wassalam.

Bloger
Sabtu / 17 Ogos 2020
5.00pm

18 comments:

asiah said...

setuju!

wache'da said...

I am speechless.....isk...isk....isk.
Uuuwaa....uuwaaa...uuwaaa...

Kakwa@BENDAHARI said...

selaku bendahari, kakwa memilih untuk NO KOMEN, sebab takut "crisis of interest" kerana sumbangan itu adalah utk baba kakwa, family kakwa.

penyata kewangan sudah dibawa ke mesyuarat dan dah diedar kpd semua adik bradik. kakwa hanya menyimpan dan mengurus wang keluarga sebaiknya.

apa saja keputusan keluarga selepas ni, kakwa pasti ikut. kita dengarlah pandangan drpd keluarga yg lain dulu.

nasir dan zeti said...

memang betul cakap wa timah, pak lang punya komitment terhadap keluarga kita memang banyak sekali tak terhitung.. kami amat menyokong usul dan cadangan tersebut.. SETUJU

Mak Su Ngi said...

Cadangan yang amat baik..Setuju sangat2...

Anonymous said...

kami ahli keluarga setuju sgt2, hanyalah sumbangan kecil dari kami yg tak terbanding pun...

Fauzan said...

setuju.

Pak Ngah Olie said...

setuju sangat2..

abu amin said...

Alah ON aje lah.
Bila lagi nak buat amal kebajikan sementara bulan puasa nie... up to 700x. Amal sedeqah di bulan mulia. Add 1 vote to waaaaa....

wardati idris said...

cik yah cik es sg petani:kami anak beranak amat amat amat amat amat bersetuju dengan cdangan wa timah 100 peratus..bersamalah kita berdoa moga pak lang harun selamat pergi dan kembali dan selamat segala-galanya..aminnnnn....

Jabir said...

jabir mewakili family mak su tun menyata kan kami setuju..kalau nak buat collection baru , sila lampirkan akaun bank bendahari, nanti bajet duit raya anak menakan semua kami masuk dalam tabung yer..tahun ni duit raya kita catu :)

Anonymous said...

setuju dengan cadangan Wa Timah...Cadangan ditutup...Setuju..(Sherah)

Yati said...

Setuju bebenor lah..

Btw, Kak We..bagi no acc..nak transfer duit..

Anonymous said...

mengikut survey diperlis, keluarga mak njang/keluarga makteh semua setuju sebulat suara...

Anonymous said...

najwa wakili anak2 dan menantu wa timah(yg sumernya agak buta it ..heheh sb tu tak pernah bukak tenet)...jugak setuju sebulat suara...tanda kasih syg dan ikatan kekeluargaan bersama...

mak su ngi said...

najwa...buta it tak pa..jgn buta hati sudahlah...hehe

iffah said...

setuju...^__^
love your family...<3

Anonymous said...

setuju jugak...hehe