Islamic Widget

Thursday, September 02, 2010

Pak Lang menjalani Angiogram

(Petikan diambil dari blog DikNa)

Baba baru selesai menjalani angiogram. Taklimat awal dr dr alan yeung kepada kami semua, graf pada penghujung LAD dan cabang2nya berfungsi dgn baik. Selepas 3 jam mencari di mana masalahnya, dr Alan menjumpai penyempitan yang ketara pada pangkal/proximal graf salur darah LAD tersebut.

Diameter salur darah itu sepatutnya lebih dr 4mm tetapi pada pangkal graf baba ianya kurang dari 2.9mm. Stent telah dipasang pada kawasan tersebut dan dpt meningkatkan diameter graf pada lebih 5mm.

Alhamdulillah buat masa ini tiada pembedahan diperlukan. Jangkaan dalam 1jam lagi prosedur itu akan tamat dan baba akan dipindahkan ke dalam wad untuk semalaman.

Diharapkan prosedur ini dpt menyelesaikan masalah 'angina' yg sering kali berlaku.

Sama2 lah kita mendoakan kesejahteraan dan kesihatan beliau..
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

1 comment:

NaimRamli said...

Thank you Pojan...sama-sama tolong panjangkan berita ini...teruskan usaha anda...

"Hari Raya pakat balik kampung,
Segak bergaya siap bersampin,
Blog Hj Din dijadikan penghubung,
Semoga kemesraan sentiasa terjalin.