Islamic Widget

Thursday, September 02, 2010

Pak Lang selesai menjalani Angiogram

Petikan dari Blog DikNa
Maaf kerana tidak sempat utk melaporkan laporan terkini selepas baba selesai menjalani angiogram. Kami berada di hospital dari jam 8 pagi dan tunggu baba di ruangan menunggu sehingga jam 4 petang.. Kami di bawa ke wad "intermediate cardiac care unit" di tingkat bawah untuk berjumpa dgn baba yang nyatanya masih lagi lemah dari prosedur yang dilakukan.

Dekna akan laporkan semuanya dgn lengkap esok selepas mendapatkan laporan penuh dari Doktor peribadi kita semua, Dr.Abg Azlin ;) memandangkan terlalu banyak "ayat2 doktor" yang perlu diterjemahkannya..cuma, tadi baba mengadu mengalami sakit dada. Kami pulang pada jam 4.30petang untuk bersiap sedia berbuka, dan isteri kepada en.Amir dtg memberikan nasi beriani. Pada jam 7mlm, Dr. Azlin dan abg hamdi pergi hospital untuk menghantarkan nasi pada baba.

Kami masih lagi mengalami jet lag (lebih kurang macam gangguan tidur akibat perjalanan melintasi zon berbeza) yang teruk.. (Sebab tu tak boleh buat laporan penuh) hehehe.. Harap semua dapat bersabar dan jangan lupa nama baba di dalam doa anda semua.. InsyaAllah..
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments: